yeayyy, ada topic nak cerita kat blog. akhirnyaaaa.. :D nak cerita pasal barang yang saya guna/pakai almost everyday ! tengoklaaa.. mesti orang cakap banyaknyaaaa.. yes, i use/wear them everyday yaw. BIG clap for me. tapi, ada orang lain lagi banyak dari saya. contohnya my mama. :p okay, mari-mari lihat semua sekali. and alang-alang i'll give you all testimoni semua produk ni sekali.

HAIR CARE
From left :
1. Loreal Re-Nutrition Nourishing Shampoo (for dry hair).
Sangat-sangat bagus. Say goodbye to rambut kering! Sebelum ni guna shampoo loreal yang colour pink. Terpengaruh dengan colour die je. hehe. Yang pink tu ok jugak tp ni lagi better. Rambut sangat lembut dan lembap.
2. Loreal Re-Nutrition Nourishing Conditioner. Tak lengkap ye kawan-kawan kalau pakai shampoo tapi tak pakai conditioner. Jangan guna terlampau banyak. Sebab nanti kulit kepala berminyak. Tumpukan kat hujung rambut yang kering.
3. Loreal Smooth-Intense Anti-Frizz Serum.
Yang ni memang sangat-sangat terrrrbaikkk. Dari sekolah dulu dah guna. I used to shampoo my hair malam-malam before tido. Lepas shampoo bila rambut masih lembap pakailah serum ni kat rambut. Bangun tido nanti rasakan kepuasannya. Pastu kalau nak keluar humban je benda ni dalam handbag. Agak-agak rambut buat hal amek je benda ni sapu. :p
4. Lucido-L Designing Aqua Hair Blow Lotion (Natural Straight).
Boleh digunakan bila nak blow rambut. Benda alah ni protects hair from heat. Okla, not bad.
5. Sunsilk Straight Perfection Shampoo and Conditioner. Bila duit tengah kering just belasah yang ni je. So far memuaskan. Tapiii Loreal is still the best. Tengok harga lah. burpppp!
6. Sunsilk Hair Recovery Treatment (yang warna pink seketul tuh).
Kalau guna shampoo sunsilk kena pakai hair treatment untuk mendapat hasil rambut yang smooth & manageable. Kalau Loreal conditioner die pon dah mcm hair treatment.
7. Selsun Blue Dandruff Treatment Shampoo (for normal hair).
Bila ke kelas saye pakai tudung. Kadang-kadang dandruff ada mungkin sebab rambut kena kepam dalam tudung lama sangat kot. So, my beloved miss Natasha la yang akan massage kepala saye malam-malam using this shampoo. Shampoo ni takleh bagi kena rambut sangat. Just apply kat kulit kepala kalau boleh. Sebab ubat die sgt kuat sampai boleh buat rambut kering yang teramat. Tapi kannnn, pakai 2hari je shampoo ni pergghhhh dandruff semua cabut larikkkk. ;p
8. Dove Damage Theraphy Intense Repair. Leave on cream ni kalau rajin baru saya guna.

MAKE-UP
Dari atas ke bawah yer (lupa nak rotate) :
1. IN 2 IT Oil Control & Oil Free 2 Way Foudation (SPF 25).
Haa.. panjang betul nama. Compact powder i just beli ikut kemampuan masa compact yang sebelum tu dah abes. hehe. IN 2 IT ni best jugak laa. Murah pun murah. Dahla murah masa beli siap ada discount lagi. Tapi the best compact powder is Revlon kot. Takpun Loreal.
2. IN 2 IT Waterproof Eyeliner (Black & Navy Blue).
Masa beli ada promotion jugak. Buy one free one. Sebab tu ada dua. hehe. Tapi memang dari 2nd sem kat uitm guna yang warna black. Sem depan nak masuk sem 5 dah. So, mmg ok la. Before this guna eyeliner Revlon. Tapi harga lebih mahal RM10 tapi sama je hasilnya. Baik beli yang ni ye dak? Uwaaa... nnt nak cuba liquid eyeliner. Lagi cantik kan.
3. SilkyGirl Natural Brow Pencil (Dark brown). For me, untuk eyebrow brand apa-apa pon bole janji die tak comot masa berpeluh.
4. Nivea Fruity Shine (Strawberry). Yang ni memang dari Form 4 i dah guna okay. My favourite ! Pakai before tidur pun masyukk. :p
5. Revlon Super Lustrous Lipstick.
Lipstick ni memang the best wa cakap sama lu. I prefer colour yang natural. Currently tengah guna warna sandalwood beige code 240. Wa akan pilih colour yang seangkatan dengannya sahaja. Harap maklum :)
7. Maybelline Water Shine Liquid (colour : puppy love).
Ni pun best. Ish, takde yang tak best kann. Colour die yang best. Sgt natural and tak melekit dan yang paling penting sekali takde all those gold dust thingy. taksukaaa kilat2 tu. T_T
8. Loreal Double Extension Beauty Tubes Mascara.
SAYA SANGAT-SANGAT SUKA SAMA INI MASCARA. sebab dia waterproof. Kau nak menangis sebaldi pun die takkan comot. Tapiiii, even dia waterproof, kalau nak amek air semayang bole tarik je mascara ni dari mata. Macam fake eyelashes keluar tau tak. Senang nak cuci la kesimpulannya. :)
9. Elianto Touch On Blush (Colour: Coral pink).
Terbaik. Sebab malas nak guna brush2 bagai. Macam ni senang nak rata. :D
** Eyeshadow bagai i tak include sekali sebab jarangggg gila pakai. Kalau nak suruh i jadi pengapit baru pakai kot. Hehehe. :p

SKIN CARE
From left :
1. Olay Natural White Healthy Fairness Day Cream (SPF 24) . Sangat sesuai dengan kulit saya. Cream ni dia tak oily. Tu yang penyebab utama dia sangat best.
2.Olay Natural White Healthy Fairness Night Cream. Tak lengkap tidur saya kalau tak pakai nih. (Tengok tu dalam gambar.. yang depan tak abis lagi tapi stock sentiasa ada!)
3. Safi Balqis Perfect 10 Oil Control Cleanser. Dari form 3 dah guna. So, sangat sesuai dgn my skin. Tona kulit lebih sekata. :)
4. Safi Balqis Perfect 10 Toner. Untuk mengecilkan liang-liang roma di muka. Semua ni i pakai all days and nights tau. Kecuali scrub tu jela. Scrub just guna bila perlu.
5. Safi Balqis Perfect 10 Apricot Scrub. Kalau saya rase white head bersepah, saya akan terus sental muka saye ngan scrub nih. Pastu rase muka lebih licin.
** Teringin nak guna SK II. Tapi masih belum mampu. Dah kerja nnti nak pakai SK II lahhh ! :)

BODY CARE (FRAGRANCES)
From left :
1. Deodorant Nivea Pearl & Beauty.
Tolonglahh ye kaum hawa sekalian. Jagalah body odour kite. Jangan jaga muka je. :p Deodorant im not only stick to this one. Bila dah boring saye suke tukar-tukar.
2. Johnson's Baby Powder. Dari kecik sampai besar mmg dah biasa pakai bedak banyak-banyak kat badan. Ni bedak favourite dgn lagi satu bedak carrie junior. Sgt best.
3. Victoria's Secret Body Mist (Berry Kiss).
Sebelum ni guna Pure Seduction pastu dah abis baru je beli yang Berry Kiss ni. Bau dia sangat sweet n fruity. Saye tak suka bau yang keras n sexy. Lebih prefer bau yang sweet, fruity tapi fresh. Rase nak makan je kalau bau. hehe.
4. Johnson's Baby Cologne (Summer swing).
Benda WAJIB dalam simpanan. Start beli sejak my friend, syira guna. Since sekolah lagi. Before tido wajib pakai. And bila2 rasa macam boring je tuang je menda ni kat badan. hihi. **sape2 yang pernah jadi roomate or housemate mesti akan cakap "hish, membazir. nak tidur pon berbedak sakan. dgn perfume bagai" haha. thats me. mama saye dah ajar dr kecik lg. mase tidur pun kena wangi2. nti baru suami sayanggg. :p
5. Body Shop Eau De Toilette Strawberry.
Currently im using this one. Yang lain semua dah abes. Bau die sangat strawberry. Macam bau lollipop strawberry pon ada. hehe. :)
6. Body Shop Eau De Toilette Rougeberry. Yang ni tinggal lagi sikit je. Sayang nak habiskan.
7. Body Shop Eau De Toilette White Musk. Kegemaranku ! Sumpah wehhh. xD
8. Body Shop Eau De Toilette LOVE ETC. This is the best. fullstop.
**Setakat ni hanya mampu beli Body Shop je. Ada sesape ke nak belikan Escada ke Dior ke. :p

1. Nivea Whitening Inner Cell Repair Body Milk.
Lotion adalah benda wajib ada dalam simpanan saya. Tanpa lotion hidupku tak bermakna. cewahhh. haha. Pembelian lotion ikut mood and tengok duit dalam purse dulu. Bedal je beli pape pun. Selalunya mesti untuk whitening lah. Sebab tangan and kaki saye so far normal je. Tak kering pun. alhamdulillah. :)
2. Darlie All Shiny White Lime Mint.
Saye hanya akan guna ubat gigi ini SAHAJA bila berada di rumah! Confident terlebih pakai ubat gigi ni. Rase gigi terlebih putih sudah. ehehe. pfftttt. pasal ubat gigi pun nak cerita ke? T_T

This is the best thing i ever had. bhaha. First seperti di dalam gambar Panasonic Hair Styler. Semenjak my hair is bob style kena lah blow rambut setiap kali nak keluar (tu pun kalau rajin). Pembaziran waktu sungguh. tsk tsk. tapi nak buat lagu mana. Bob style ni kena rambut kembung kembang mambang baru cantik. Saya tak suka rambut yang leper dan penyek lagi tegak lurus. Nampak tak bermaya. Menatang lagi satu tu 2in1. Iron untuk straight-kan rambut which i tak pernah guna langsung and lagi satu boleh perm rambut. Yeahhh. i like to perm my rambut. Tapi dulu la. tsk tsk. cepatlah rambut panjang. Tapi rambut pendek pun best jugak kan. Ish mana satu nieeeeeee...
Kla, rasanya ni entry terpanjang dalam blog ni.
Peace no war. Selamat berpuasa !